Sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

15/12/12 merupakan tarikh keramat buat ak dan rakan2 seperjuangan yang lain.. Tarikh keramat ini merupakan tarikh berakhirnya cuti semester ak selama lima minggu.. Ari ini juga ak akan kembali pulang ke negeri Terengganu yang tercinta.. :)

Perjalanan dari kampung untuk sampai ke Terengganu mengambil masa yang lama berbanding membe2 ak yang lain.. Takpa la, ak suka merantau, mencari pengalaman hidup di negeri orang.. Sepanjang perjalanan dalam fikiran ak hanyalah memikirkan keputusan peperiksaan akhir yang bakal ak terima nanti.. Apa da jadi dengan keputusan ak itu? Kebanyakkan masa ak pada semester lepas d'habiskan dengan pelbagai aktiviti, kesana kemari, meeting itu dan ini.. Ak cuba kuatkan diri dengan m'nganggap perkara ini telah d'takdirkan oleh Yang Maha Esa buat ak.. Ak akur, ak redha dengan ketentuanNYA..

Tepat jam 8.15pagi tadi, jam ak b'bunyi.. Tu tandanya ak perlu mendaftarkan diri sempena semester baru.. YaALLAH, begitu cepat masa berlalu.. Sedar atau tidak, ak telahpun bergelar pelajar semester akhir.. Alhamdulillah.. Seperti biasa, ak pergi ke blok akademik tanpa ada perasaan.. Membe2 ak semua da gelabah.. Tapi ak? Agak kepelikkan sedikit kerana ak tidak merasakan apa2.. Dalam kotak fikiran ini, ak tidak lagi memikirkan keputusanku seperti semalam.. Hah, ada kemungkinan juga ak telah redha akan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.. :')

Selepas selesai mendaftarkan diri, barulah ak pergi melihat keputusan peperiksaan akhir semester 5.. Tiada kata yang mampu ak ungkapkan melainkan Alhamdulillah, memanjat kesyukuran yang tak terhingga.. Subjek yang paling ak risau iaitu JAVA dan VB lulus dengan baiknya.. Pointer meningkat walaupun tidak lah sehebat orang lain.. Alhamdulillah.. 


"Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Berkuasa lagi Maha Kaya dalam menentukan segala2nya"









Jumaat

Sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sahabat hadir tanpa ak pinta, sahabat pergi tanpa ak duga. Itulah yang dinamakan putaran dalam kehidupan.
Setelah tiga semester bersamanya, setelah tiga semester kami b'sama2 berjuang untuk menggapai kejayaan, setelah tiga semester kami b'sama2 dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar Multimedia, akhirnya perpisahan yang terjadi.. Walaupun hati ini sukar untuk menerima hakikat, walaupun hati ini b'sedih d'atas kehilangannya, namun senyuman harus d'ukirkan untuk melepaskan dirinya pergi bagi memberikannya peluang untuk mengapai impian serta cita2 bersama orang lain dan bukannya bersama kami. Ak akur dengan pemergianmu wahai sahabat. Semoga kita d'beri kesempatan untuk ketemu kami.

Kenang kami dalam setiap doamu :')


Semoga persahabatan ini kekal buat selamanya ~

OPKIM 2012 ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Begitu pantas masa b'lalu tanpa sempat ak mengejar.. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sentiasa m'beri tekanan buat diri ini, ak b'jaya melaksanakan tanggungjawab ak sebagai seorang Majlis Tertinggi d'dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013. Sebagai seorang hamba kepadaNYA, ak harus akur dengan segala  ketentuan yang telah d'tentukan.. Syukur dengan keredhaan dariNYA ak berjaya menjayakan setiap program yang dianjurkan..OPKIM Bestari 2012 merupakan program penutup buat ak pada tahun ini.. Insyaallah tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa minggu sahaja lagi.. OPKIM 2012 m'beri 1001 kenangan manis buat ak.. Terima kasih yang tak terhingga buat mama (HAJAH ZAINON HAJI IRSAT) dan abah (HAJI MOHD BAHRI HAJI SAKRANI) kerana sudi menerima ak sebagai anak angkatnya. Segala kebaikkan yang mama dan abah curahkan buat kami, hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu m'balasnya.. Kg Sagil Parit 3, Tangkak, Kolam Air Panas Ledang, Gunung Ledang tetap dalam ingatan ini sampai bila2.

Disini kami dipertemukan & disini kami dipisahkan
# Dewan Utama Kg Sagil Parit 3.

Majlis Perasmian OPKIM BESTARI # Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang

Makanan tradisi Jawa # Nasi ambeng :)

Penyerahan kepada keluarga angkat

Aku dan adik angkat :)
Keluarga angkat :')

Gotong royong m'buat bubur lambuk





Sesungguhnya setiap petemuan itu akan ada pengakhiran. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan kekal walau beratus2 kilometer memisahkan kita semua. Amin

Terengganu ----------> Tangkak, Johor


Khamis

Eid 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sempena bulan yang mulia ini, ak ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam didunia.. Tidak kira dimana kita berada, tidak kira apa keturunan kita, tidak kira miskin atau kaya hidup kita, selagi kita b'gelar umat Islam dan selagi kita merasakan diri kita ini sebagai hamba kepadaNYA maka layaklah kita menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan meriah dan dan b'gembira b'sama sanak saudara.

Alhamdulillah, biarpun ak jauh d'perantauan, biarpun ak sibuk melaksanakan tanggungjawab ak sebagai seorang pelajar, namun ak b'syukur tatkala ak masih d'beri sedikit masa dan kesempatan untuk menyambut hari kemenangan buat umat Islam ini bersama keluarga tercinta serta sanak saudara. Alhamdulillah. ;)

Kelantan -----> Penang ------> Terengganu  

Biarpun jauh d'perantauan, Penang tetap d'hati ;)
# Tanjung Berembang, Nibong Tebal, Pulau Pinang tetap dihati ini.

Ketupat daun pisang.# Turun temurun dari keluarga sebelah ayah.

Duit raya yang berjaya d'kutip. Yeahhh. 

Insyaallah, semoga kita semua masih d'beri kesempatan untuk menyambut Aidilfitri ini pada tahun2 akan datang. Amin



Perginya s'orang hamba ALLAH s.w.t

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, memanjat kesyukuran yang xt'hingga t'hadap Ilahi tatkala diri ini masih d'beri k'sempatan untuk m'nyambut Eid Mubarak pada tahun ini b'sama2 family t'cinta. <3 Dalam kita b'gembira m'nyambut Syawal yang bakal tiba, ak d'kejutkan dengan berita kehilangan s'orang rakan blogger akibat kemalangan jalan raya. Tiada kata yang dapat d'ungkap ketika itu. Diri ini juga mengambil masa untuk menerima hakikat serta mempercayai bahawa beliau sudah tiada. Demi ALLAH s.w.t dan kerana ALLAH s.w.t kami merelakan arwah pergi dengan tenang walaupun ada d'antara rakan2nya yang sukar menerima hakikat itu. Celoteh beliau tetap dalam ingatan.

'sesungguhnya yang dekat itu adalah kematian dan yang jauh itu adalah masa lalu'


Al Fatihah, semoga roh arwah tergolong dalam golongan orang2 yang beriman.
Amin




Sabtu

7 Bulan Bergelar S'orang MPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, diam x diam da hampir 7bulan "lebih2 dan lebih" aku bergelar sebagai seorang MPP. Tiada apa yang nak dibanggakan tatkala bergelar sebagai seorang Timbalan Presiden MPP malahan, keluhan itu lebih banyak berbanding keikhlasan. =,='' Sejujurnya aku penat ! Penat yang teramat sangat. Mengejar masa untuk ke kelas, mengejar masa untuk menyiapkan projek akhir, mengejar masa untuk ke program MPP, mengejar masa untuk menyiapkan assigment. Sume perkara dibuat dalam keadaan terkejar2 ! Mahu atau tidak, aku perlu kuat. Aku perlu meneruskan tanggungjawab ini walaupun aku sendiri merasai ia adalah sukar. Tanpa aku sedar, sejak aku b'gelar sebagai seorang MPP, banyak perkara baru yang telah aku pelajari. Alhamdulillah, perkara2 baru ini juga lah mengajar aku akan erti pahit getir dalam dunia pekerjaan kelak. Nescaya setiap apa yang telah d'takdirkan untuk diriku ini adalah yang terbaik dariNYA.


Program Aman Kampus memberi aku peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat kampung.

Forum Pentas Anak Muda

Aktiviti kemasyarakatan bersama abang dan akak dari Alumni IPTA SeMalaysia ;)

Senam pagi bersama masyarakat Kg Rhu Sepuluh, Penarik

Alumni MPP dari IPTA seMALAYSIA


Rumah warga emas sasaran kami.


Penduduk kampung yang sporting bersama kami


Ahad

Hanya TUHAN Yang MAHA MENGETAHUI Diri Ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, tepat pada 11.30pg tadi aku baru sahaja menamatkan paper terakhir aku bagi semester IV tahun dua bagi sesi 2010/2011. Perasaan aku ketika ini bercampur baur sekali. Ada suka dan ada duka. Suka, kerana berjaya menamatkannya, insyaallah 23/4/12 aku bakal pulang ke kampung halaman. Duka, tatkala aku mula memikirkan keputusan yang bakal aku perolehi pada bulan Julai nanti. Bagus atau tidak ? Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan yang MAHA BERKUASA. =.='

Sejujurnya, aku tidak mampu untuk duduk diam dan gelak ketawa dengan rakan2 yang lain. Alhamdulillah, dorang dapat jawab dengan jaya agaknya. Tapi aku ? Hanya mampu mendiamkan diri. Jiwa dan hati aku tidak ceria dan girang seperti rakan2 yang lain. ;'(
Aku redha dan akur. Segala yang telah engkau tentukan, berikan ak kekuatan untuk menerimanya dengan seadanya. :')
Mampukah aku untuk menerima dengan redha setiap apa ujian yang TUHAN kurniakan buat aku ?YaALLAH, tabahkan lah aku walau apa jua dugaan yang telah engkau tentukan padaKU. Kerna aku adalah hamba yang sentiasa memerlukan pertolongan dariMU.


Sabtu

Yuhh !! Sama2 Kita Memdapatkan DOA Dari Malaikat.



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebagai seorang hamba kepadaNYA, sudah tentu kita perlu patuh akan segala perintah dariNYA. Namun tidak dinafikan, sebagai seorang hamba yang hina sudah tentu kita tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Sementara diri ini masih d'beri kesempatan dalam meneruskan kehidupan ini, ayuhh sama2 kita mendapatkan doa dari malaikat. :)

Ciri2 hamba yang mendapat doa dari malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf hadapan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
    (tidak membiarkan kekosongan didalam saf)

5.  Orang yang duduk ditempat solatnya selepas melakukan solat.

6.  Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.

7. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

8. Orang yang membelanjakan harta (infak).

9. Orang yang sedang makan sahur.

10. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.







Jumaat

Final Exam =.='

Assalamualaikum.

ISNIN - ENGLISH PROFESIONAL COMUNICATION ( 9/4/12 )
SABTU - DATA BASE ( 14/4/12 )
              - ETIKA PROFESIONAL 
AHAD - APLIKASI PEMBANGUNAN WEB 1 ( 15/4/12 )
SELASA - STATISTIK ( 17/4/12 )
KHAMIS - TEKNIK R/BENTUK DAN ALATAN PENGUBAHAN ( 19/4/12 )
AHAD - REKABENTUK SISTEM ( 22/4/12 )

Tiada kata yang dapat diungkap melainkan aku memohon restu dari kedua orang tua ku sebelum aku menempuhi final exam nanti. Sebagai seorang hamba, aku terus bergantung hidup kepada pencipta ku. Aku memerlukan keredhaanNYA untuk aku mencapai kejayaan dalam kehidupan ini. Buat rakan2 seperjuangan yang lain, SELAMAT MAJU JAYA aku ucapkan. Semoga KEJAYAAN itu milik kita. Insyaallah.

Sesungguhnya setiap manusia berhak untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya.



Khamis

Hidup Akan Terus B'putar

Assalamualaikum.

Hidup bagaikan pusingan roda. Kadangkala kita bahagia tatkala berada di atas. Namun, adakah kita akan bersedia untuk berada di bawah ? Tentu sukar sama sekali untuk menerima hakikat pabila berada di bawah. Seperti manusia lain, aku juga sukar untuk menerima hakikat itu. 
Pabila adek2 taon 94 sedang kalut dengan keputusan SPM masing2, fikiran aku mula melayang mengingatkan kembali tarikh keramat 11/3/2010.
Pada tarikh tersebut lah aku bagaikan jatuh tersungkur di tangga. Pada tarikh tersebut juga lah aku menghancurkan harapan kedua orang tua aku. Tak ku sangka, tak ku duga aku menerima keputusan yang tidak berapa bagus. Dalam hati TUHAN sajalah yang MAHA MENGETAHUI. Kemana kah hasil usaha selama ini ?Kemana ia menghilang ? Tiada siapa yang mengetahui kecuali yang MAHA ESA. 
Aku mengambil masa untuk menerima hakikat itu. Kenapa ? Disebabkan keputusan SPM aku yang tidak berapa cemerlang, aku terpaksa melupakan hasrat aku ke Asasi Undang2. Aku akur. Aku redha walaupun aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat itu.
Kini hampir 2taon berlalu pergi. Aku sudah pun bergelar penuntut taon 2 Diploma Sc Com Mm- UTM francais. Aku sudah pun mulai kenal apa itu erti kehidupan. Syukur yang tak terhingga. Aku cuba dan akan terus mencuba untuk memupuk diri ini agar menjadi seorang yang tidak pernah kenal akan erti putus asa, walaupun aku akui bahawa bukan senang untuk aku memupuk diri aku untuk menjadi sedemikian.
Buat adek2 lepasan SPM, usah lah bersedih jika keputusan SPM yang anda perolehi tidak sehebat seperti rakan2 anda yang lain. Anggaplah ini sebagai satu cabaran dalam hidup.

renungkan lahh : "Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran, ayat 139)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah, ayat 286)

Layak kah Aku Bergelar MPP ?

Assalamualaikum.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ? 
Layak kah aku bergelar seorang mpp? Ouhh tidak ! kenapa aku ? Kenapa bukan orang lain ?
Perkara pertama yang kuar dari mulut aku tatkala Cik Diyana menyatakan aku merupakan calon yang di pilih oleh beliau bagi bertanding untuk kerusi Jabatan Pengajian Sains Komputer Multimedia.
Layak ke ?Mpp banyak keje !Sah2 pening kepala aku nak handle budak2 DDZ kalo aku terpilih nanti. 
Huhh.Dua hari berlalu pergi,barulah aku sedar kenapa, kenapa dan kenapa Cik Diyana memilih aku. Berkemungkinan aku mempunyai karakter yang tegas dan gemar bersuara jika terdapat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hati aku. Okay. Tuhh memang sifat nature aku. Walaupun pada mulanya aku mengalami kesukaran untuk menerima hakikat tatkala terpaksa dan dipaksa untuk menjadi calon mpp, aku bersyukur kerana Cik Diyana mempercayai kewibawaan aku. Cik Diyana yakin aku akan boleh memimpin budak2 DDZ. Insyaallah jika aku berjaya menakluki kerusi jabatan, akan aku laksanakan tanggungjawab aku kepada rakan2 seperjuangan yang lain. Akan aku bersikap lebih matang untuk memimpin yang lain. Insyaallah dengan keizinan YANG MAHA BERKUASA. 

Rabu

Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah begitulah sehari2 dalam hidup kita, moga TUHAN memberkati hidup kita. Ayat arwah cekgu tadika saya dulu, seringkali bermain2 di dalam minda ini. Bila da besaq baru maw pikiaq pasai pa cekgu selalu sangat sebut ayat nehh.  Haihh, maklum la dulu masa umoq 5/6taon mana la nak reti pa lagi. Apa yang cekgu habaq, sikit pun xamek endah. Tapi, bila da besaq sikit, bila daah pandai pikiaq sikit baru la saya taw pa tuhh kelebihan BISMILLAH dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bah agi a dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

~ AYUH SAMA2 KITA AMALKAN DALAM KEHIDUPAN KITA ~

Back To School

Assalamualaikum.


Bila tengok gambaq kat muka buku Cekgu Zudien Jiwang ke sekolah jadi guru ganti, tetiba ja saya mula teringat akan kenangan dulu. DULU ? Macam la da lama sangat saya tinggaikan alam persekolahan ! Baru hampir 3taon. Mean saya masih muda lahh kan.  Hehehe.
Sambil2 mengONLINE kan diri di muka buku, sambil itu jugak la saya kembali mencari2 gambaq2 zaman sekolah dulu. Alhamdulillah, masih ada lagi gambaq zaman sekolah menengah yang tersimpan rapi. Tapi agak sedikit kecewa bila gambaq zaman sekola rendah xdak. Haihhh. =.='
Bila cita zaman sekolah, sumpah seronok gila ! Berbagai2 kenangan yang ada. Pahit dan manis suma terpahat di hati kecil ini. Setiap kenangan itu akan dijadikan pengalaman dalam kehidupn ini. Ketika sekolah dulu, saya merupakan seorang pelajar aliran SAINS TULEN, Alhamdulillah dapat masuk kelas baguih. Tapi2 saya la xbapa nak baguih.  Menjadi seorang pelajar aliran sains tulen adalah satu beban buat saya. Sebab pa, saya xminat blajaq KIMIA !! Saya xsuka KIMIA ! KIMIA membebankan kepala hotak saya. ! Maafkan saya cekgu ASRI ( papa KIMIA ) kerana menghancurkan harapan cekgu. Dari form4 sampai form5, jujur saya habaq mai, KIMIA xpenah maw lulus. Tapi nasib menyebelahi saya bila saya mendapat gred yang agak baguih bagi subjek ini ketika result SPM kluaq. Alhamdulillah. ^_^
Saya sedaq saya bukanlah pelajar cemerlang seperti rakan2 seperjuangan saya yang lain. La ni depa suma pakat buat degree daa. Depa masuk Kolej Mara, Kolej Matrikulasi lepas abes SPM. Tapi saya?? Diploma ja. Sebab saya xmaw da aihh terlibat ngan subjek SAINS ni haa. Bak kata mak, xpala dik, nak buat lagu mana, TUHAN da tentukan ini yang terbaik buat adik. Xpalah saya terima. Insyaallah saya bakal menamatkan pengajian saya pada taon 2013, kalo panjang umoq, dengan keizinan yang MAHA BERKUASA saya akan dapat mengabehkannya. Insyaallah.

Saya ketika Form 4 ( 2008 )

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala xsgment telah pun siap dilaksanakan dengan tak seberapa nak baek ! So, dapat la aku nak mengupdate blog nehh.Rabu 7/3/2012 setelah sekian lama menunggu,akhirnya penantian selama ini berakhir. Taniah tak terhingga buat teman seperjuangan pada suatu ketika dahulu diatas kejayaannya dalam STPM. Entah mengapa, aku terlalu gembira akan kejayaannya itu. Biarpun tiada kena mengena dengan diri ini, aku tetap gembira kerana sabahat aku bakal ke menara gading juga suatu hari nanti. Buat FATIN FARHANA BT MOHD ARIFFIN taniah diatas kejayaan yang telah dikecapi. Biarpun masih berada dalam kesedihan akibat pemergian ayah tercinta, biarpun tidak sempat untuk menunjukkan keputusan STPM pada ayah, ketahuilahh bahawa apa yang telah TUHAN tetapkan itu adalah yang terbaik buat hambanya. Sebagai seorang kawan mahupun sahabat, aku senantiasa mendoakan yang terbaik buatMU.


Usaha yang keras akan dibalas dengan kejayaan yang besar.

Khamis

Layak kahh AKU Berbicara Prihal Kawin?

Assalamualaikum.
Hampir seminggu blog ini xterurus. Camna lah nak terurus tuannya,asyik busy ngan "pembetulan". Hohoho~ Bangga la pulak bila kena buat pembetulan hampir 4copy. Agak lenguh tangan dan jari jemari ini untuk membuatnya. =.=' itulah padahnya apabila xstudy betol2. Amik kau. 4copy! Padan muka!
Tatkala umur sudah melangkah ke angka 20taon, makin berat kepala ini memikirkan masa depan. Mana 1 hala yang ingin dituju suatu hari nanti. Yang paling xleh nak blarhh, bila akak2 kat umah aku ni mula berbicara soal kawin. Kawin?? Grrr. Umur berapa nak kawin?? Dengan siapa?? Semua soklan2 cepu emas tuhh aku xleh nak jawab. Camna nak jawab, calon pun xdak. Masa depan pun terhuyung hanyang lagi. Tapi tipu la kan, kalo aku cakap aku xdak plan semua tuhh. Umur 20taon, agak2nya dah layak kot aku berbicara prihal kawin. Lecture aku pun kawin muda. Umur 19 dahh kawin. Hohoho. Terbaik lahh kan. Besar tanggunjawab tuhh, nak bahagikan masa tuk suami dan anak2.
Tapi kalo aku, mybe lambat lagi kot. Namun, seandainya jodoh itu awal, mampukah aku nak pikul tanggungjawab cam lecture aku tuhh?? Macam xmampu je. T_T

Plan awal: umur 20-25taon, stdy lu sampai mana tahap yang termampu.
             : umur 26-30taon, kumpul duit tuk masa depan.
             : umur 30taon baru kawin??? sumpah housemate aku kata aku anak dara tua satgi.

Plan pertengahan: umur 20-24taon, study takat degree ja kot. kejar umur. HAHA.
                        : umur 24-26taon, kumpul duit. (kompem xkaya kalo keje sat ja.) T_T
                        : umur 26taon baru kawin. (mybe okay lahh tu kan?) :D

Plan terakhir: Ikot la kawin muda pun. kawin dalam blaja pun xpala. Nak buat camna jodoh awal.
                    tapi kompem2 la kan parents aku takan kasi. Btw, jodoh,ditangan tuhan. Kita hanya
                    mampu merancang, TUHAN menentukannya.



Setiap Insan mengimpikan sebuah perkahwinan itu kekal hingga ke syurga.

Jumaat Yang Cukup INDAH

Assalamualaikum.

Diam tak diam, da ari Jumaat pun. Sememangnya ari jumaat amat dinanti2kan oleh aku dan rakan2 seperjuangan yang len. Nak taw kenapa?? Of koz la nak b'holidays kan. Ari Jumaat merupakan ari minggu untuk aku dan rakan2 yang menuntut di Bandaraya Pesisir Pantai ini. Kat mana lagi kalo bukan Terengganu Darul Iman. :)
Tanpa kita sedari juga, ada diantara kita yang terlepas pandang akan kelebihan yang TUHAN kurniakan untuk ari Jumaat ini.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kelebihan Maulid

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi tatkala kita sebagai umat Islam diberi kesihatan yang baik, cuaca yang baik untuk menyambut hari kelahiran rasul yang kita cintai. Tak lain siapa lagi rasul yang menjadi idola umat Islam, semestinya Nabi Muhammad s.a.w. Bagi menunjukkan rasa cinta akan rasulullah kita, marilah kita bersama2 berselawat ke atasnya. Insyaallah banyak kebaikkan akan kita perolehi. :)



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ



 KELEBIHAN MAULID
Telah dihikayatkan bahwa pada zaman Amirul mu'minin Harun Ar Rasyid bahwa ada seorang muda di dalam bandar Basrah yang terlalu pemboros dan buruk perangai dan ahli-ahli negeri itu telah memandang kepadanya dengan pandangan yang hina dengan sebab perbuatan dan perangainya yang buruk itu. Tetapi pemuda ini, apabila sampai bulan Rabiul Awwal maka ia telah membasuh pakaian-pakaiannya dan berwangi-wangi serta berhias dan mengadakan jamuan dan pula ia telah meminta dibacakan kisah Maulid Nabi s.a.w. di dalam jamuan itu, maka ia tetaplah mengerjakan seperti itu tiap-tiap tahun selama beberapa tahun.
Kemudian apabila ia mati maka penduduk-penduduk negeri itu telah mendengar suatu teriakan berkata: "Datanglah wahai ahli Basrah dan saksikanlah jenazah seorang Wali Allah Ta'ala karena dia itu mulia di sisi Allah."
Maka orang-orang Basrah pun datanglah kepada jenazahnya dan mengebumikannya, kemudian mereka telah melihatnya didalam mimpi bahwa ia sedang bersiar-siar dengan pakaian dan perhiasan ahli Surga, yaitu ‘sondosen wastabraq’, lalu ia telah ditanya, "Sebab apa engkau telah menerima kelebihan besar ini?" Jawab pemuda itu: "Sebab aku membesarkan Maulid Nabi s.a.w."

# Sharing Is Caring #
# Jom sama2 memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul
# Buktikanlah kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W


Cintai lah keatas junjungan Nabi kita. Nescaya ianya juga akan menyintaiMU