Memaparkan catatan dengan label kuya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuya. Papar semua catatan

Jumaat

Final Exam =.='

Assalamualaikum.

ISNIN - ENGLISH PROFESIONAL COMUNICATION ( 9/4/12 )
SABTU - DATA BASE ( 14/4/12 )
              - ETIKA PROFESIONAL 
AHAD - APLIKASI PEMBANGUNAN WEB 1 ( 15/4/12 )
SELASA - STATISTIK ( 17/4/12 )
KHAMIS - TEKNIK R/BENTUK DAN ALATAN PENGUBAHAN ( 19/4/12 )
AHAD - REKABENTUK SISTEM ( 22/4/12 )

Tiada kata yang dapat diungkap melainkan aku memohon restu dari kedua orang tua ku sebelum aku menempuhi final exam nanti. Sebagai seorang hamba, aku terus bergantung hidup kepada pencipta ku. Aku memerlukan keredhaanNYA untuk aku mencapai kejayaan dalam kehidupan ini. Buat rakan2 seperjuangan yang lain, SELAMAT MAJU JAYA aku ucapkan. Semoga KEJAYAAN itu milik kita. Insyaallah.

Sesungguhnya setiap manusia berhak untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya.



Khamis

Hidup Akan Terus B'putar

Assalamualaikum.

Hidup bagaikan pusingan roda. Kadangkala kita bahagia tatkala berada di atas. Namun, adakah kita akan bersedia untuk berada di bawah ? Tentu sukar sama sekali untuk menerima hakikat pabila berada di bawah. Seperti manusia lain, aku juga sukar untuk menerima hakikat itu. 
Pabila adek2 taon 94 sedang kalut dengan keputusan SPM masing2, fikiran aku mula melayang mengingatkan kembali tarikh keramat 11/3/2010.
Pada tarikh tersebut lah aku bagaikan jatuh tersungkur di tangga. Pada tarikh tersebut juga lah aku menghancurkan harapan kedua orang tua aku. Tak ku sangka, tak ku duga aku menerima keputusan yang tidak berapa bagus. Dalam hati TUHAN sajalah yang MAHA MENGETAHUI. Kemana kah hasil usaha selama ini ?Kemana ia menghilang ? Tiada siapa yang mengetahui kecuali yang MAHA ESA. 
Aku mengambil masa untuk menerima hakikat itu. Kenapa ? Disebabkan keputusan SPM aku yang tidak berapa cemerlang, aku terpaksa melupakan hasrat aku ke Asasi Undang2. Aku akur. Aku redha walaupun aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat itu.
Kini hampir 2taon berlalu pergi. Aku sudah pun bergelar penuntut taon 2 Diploma Sc Com Mm- UTM francais. Aku sudah pun mulai kenal apa itu erti kehidupan. Syukur yang tak terhingga. Aku cuba dan akan terus mencuba untuk memupuk diri ini agar menjadi seorang yang tidak pernah kenal akan erti putus asa, walaupun aku akui bahawa bukan senang untuk aku memupuk diri aku untuk menjadi sedemikian.
Buat adek2 lepasan SPM, usah lah bersedih jika keputusan SPM yang anda perolehi tidak sehebat seperti rakan2 anda yang lain. Anggaplah ini sebagai satu cabaran dalam hidup.

renungkan lahh : "Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran, ayat 139)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah, ayat 286)

Rabu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala xsgment telah pun siap dilaksanakan dengan tak seberapa nak baek ! So, dapat la aku nak mengupdate blog nehh.Rabu 7/3/2012 setelah sekian lama menunggu,akhirnya penantian selama ini berakhir. Taniah tak terhingga buat teman seperjuangan pada suatu ketika dahulu diatas kejayaannya dalam STPM. Entah mengapa, aku terlalu gembira akan kejayaannya itu. Biarpun tiada kena mengena dengan diri ini, aku tetap gembira kerana sabahat aku bakal ke menara gading juga suatu hari nanti. Buat FATIN FARHANA BT MOHD ARIFFIN taniah diatas kejayaan yang telah dikecapi. Biarpun masih berada dalam kesedihan akibat pemergian ayah tercinta, biarpun tidak sempat untuk menunjukkan keputusan STPM pada ayah, ketahuilahh bahawa apa yang telah TUHAN tetapkan itu adalah yang terbaik buat hambanya. Sebagai seorang kawan mahupun sahabat, aku senantiasa mendoakan yang terbaik buatMU.


Usaha yang keras akan dibalas dengan kejayaan yang besar.

Khamis

Jumaat Yang Cukup INDAH

Assalamualaikum.

Diam tak diam, da ari Jumaat pun. Sememangnya ari jumaat amat dinanti2kan oleh aku dan rakan2 seperjuangan yang len. Nak taw kenapa?? Of koz la nak b'holidays kan. Ari Jumaat merupakan ari minggu untuk aku dan rakan2 yang menuntut di Bandaraya Pesisir Pantai ini. Kat mana lagi kalo bukan Terengganu Darul Iman. :)
Tanpa kita sedari juga, ada diantara kita yang terlepas pandang akan kelebihan yang TUHAN kurniakan untuk ari Jumaat ini.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kelebihan Maulid

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi tatkala kita sebagai umat Islam diberi kesihatan yang baik, cuaca yang baik untuk menyambut hari kelahiran rasul yang kita cintai. Tak lain siapa lagi rasul yang menjadi idola umat Islam, semestinya Nabi Muhammad s.a.w. Bagi menunjukkan rasa cinta akan rasulullah kita, marilah kita bersama2 berselawat ke atasnya. Insyaallah banyak kebaikkan akan kita perolehi. :)



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ



 KELEBIHAN MAULID
Telah dihikayatkan bahwa pada zaman Amirul mu'minin Harun Ar Rasyid bahwa ada seorang muda di dalam bandar Basrah yang terlalu pemboros dan buruk perangai dan ahli-ahli negeri itu telah memandang kepadanya dengan pandangan yang hina dengan sebab perbuatan dan perangainya yang buruk itu. Tetapi pemuda ini, apabila sampai bulan Rabiul Awwal maka ia telah membasuh pakaian-pakaiannya dan berwangi-wangi serta berhias dan mengadakan jamuan dan pula ia telah meminta dibacakan kisah Maulid Nabi s.a.w. di dalam jamuan itu, maka ia tetaplah mengerjakan seperti itu tiap-tiap tahun selama beberapa tahun.
Kemudian apabila ia mati maka penduduk-penduduk negeri itu telah mendengar suatu teriakan berkata: "Datanglah wahai ahli Basrah dan saksikanlah jenazah seorang Wali Allah Ta'ala karena dia itu mulia di sisi Allah."
Maka orang-orang Basrah pun datanglah kepada jenazahnya dan mengebumikannya, kemudian mereka telah melihatnya didalam mimpi bahwa ia sedang bersiar-siar dengan pakaian dan perhiasan ahli Surga, yaitu ‘sondosen wastabraq’, lalu ia telah ditanya, "Sebab apa engkau telah menerima kelebihan besar ini?" Jawab pemuda itu: "Sebab aku membesarkan Maulid Nabi s.a.w."

# Sharing Is Caring #
# Jom sama2 memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul
# Buktikanlah kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W


Cintai lah keatas junjungan Nabi kita. Nescaya ianya juga akan menyintaiMU

Bersyukur Itu Ada Kebaikkannya. :)

Alhamdulillah. Memanjat kesyukuran tatkala diri ini masih diberi kesempatan dalam meneruskan hidup di muka bumi ciptaan ilahi ini. Bercakap mengenai bersyukur dan kesyukuran adalah suatu perkataan yang telahpun dilupai oleh manusia pada zaman kini. Aku tidak bermaksud untuk menuju kepada sesiapa. Malahan aku sendiri adalah seorang hamba yang tidak bersyukur dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.  Aku bukan la anak dari golongan Ahli Ulama, aku bukanlah anak golongan Imam, dan aku bukan lah seorang pelajar yang mengambil aliran Agama suatu ketika dahulu ( SMA ). Aku hanyalah insan biasa yang tidak cukup bekalan agama. Mak dan ayah memberikan didikan yang cukup buat aku, namun sebagai manusia aku harus mencari ilmu tambahan sebagai bekalan dunia mahupun akhirat kelak.
Usia mematangkan manusia. Aku bersyukur tatkala pintu hati ini masih terbuka untuk mendalami ilmu2 Agama. Insyaallah dengan keredhaannya akan aku terus berusaha.
Bersyukur itu mempunyai banyak hikmah tanpa aku sedari:


*Sesungguhnya Allah memberikan kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” (QS Al Baqarah:243)
*Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(QS Al A’raaf:10)
*Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. an-Nahl: 18)
*”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.(QS. Ibrahim:7)
Dari ayat di atas kita boleh nampak, memang kebanyakan manusia itu tidakbersyukur, padahal ALLAH sudah memberikan kurnia, kenikmatan dan kebaikan yang sangat banyak kepada manusia.
*Rasulullah SAW telah memberi contoh tentang bersyukur, seperti dalam Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
“Jika Rasulullah saw. melaksanakan solat, beliau berdiri (sangat lama) sampai kedua kaki (telapak) beliau pecah-pecah. Aisyah ra. bertanya:
Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni? Lalu beliau
menjawab: Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yangbersyukur” (HR Muslim)


Selasa

ISTIKHARAH CINTA
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa


Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Di istikharah cinta

Isnin

tatkala azam ingin berubah menjadi lebih baik.
tatkala ingin meninggalkan sikap panas baran yang lalu.
tatkala memahukan sesuatu yang baru dalam hidup ini.
tatkala itu juga la yang menyukarkan lagi aku untuk meneruskannya.

yaALLAH terlalu sukarnya untuk meninggalkan apa yang telah sebati dengan diri ini.
berikan la aku kekuatan.


Rabu

Cinta..
Aku juga penah punyai cinta.
Namun, kini aku tidak memerlukan lagi cinta.
Kerana Cinta aku hanyalah untuk Agama Dan PenciptaKU.
Aku tidak akan menolak cinta, jika ia datang dan mencintai aku kerana ALLAH.
Bukan kerana NAFSU semata2.
Aku mencari2 cinta yang mampu membawa aku ke syurgawi.
Bukan Duniawi sahaja.



Cinta sejati yang diredhai mampu membawa ke syurga. Insyaallah. ^_^


Kawan2 jangan pernah kecewa dengan cinta kerana TUHAN telah menentukan siapa jodohMU ketika kamu masih berada di dalam kandungan lagi.
Percayalah, yakinilah setiap apa yang TUHAN wujudkan pasti mempunyai kebaikkannya yang tersendiri tanpa kita sedari. :)


Buanglah Cinta itu, sekiranya ia membawa duka dan lara kepadaMU.



Sukar untuk mencari cinta sejati.
Cinta Sejati:: bukanlah mengenai hal-hal yang bersifat duniawi semata, cinta sejati berasal dari hati nurani dan cinta sejati haruslah tulus dan ikhlas. Cinta yang berasal dari hati nurani akan selalu ada walaupun salah satu pihak tidak cantik lagi, tidak tampan lagi, tidak seksi lagi dan tidak kaya lagi dan selain cinta sejati,cinta abadi juga diperlukan. Cinta abadi hanya dari ALLAH S.W.T untuk hamba2nya. :)
Cinta ini lah yang d'impikan oleh setiap manusia.

Buah Hati Baru~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..

Memanjat kesyukuran pada ilahi kerna aku masih diberi kesempatan untuk menUPDATE blog ni. Blog hanya sekadar apa yang ingin b'kongsi sesuatu yang terbuku dihati. Chewahh! Hahaha~ Aku lebih suka b'kongsi suka duka dalam kehidupan ini dengan blog berbanding rakan2 mahupun ahli keluarga. Maafin aku, kerana ini adalah minat aku. ^^"

Diam tak diam,aku bakal menamatkan cuti mid sem aku pada ari sabtu nanti. Baru semalam aku merasakan diri ini baru sahaja menjejakkan kaki d'umah, namun sebagai pelajar aku harus menunaikan segala uruskan aku sebagai pelajar. Yeahh! Aku bangga menjadi seorang pelajar kerana aku menuntut ilmu demi agama yang aku cintai.
Cuti mid sem ini amat b'makna sekali. Bukan sahaja dapat meluangkan masa b'sama keluarga tercinta namun aku juga sudah punyai "pet". C kenit namanya. Hanya seekor kucing kampung, bukan kucing kacukan yang harus d'beli dengan b'ratus2 ringgit. C kenit juga adalah penganti baru selepas "baby a.k.a abg" meninggalkan aku pada 5/4/2010 yang lalu. Walaupun ianya hanya seekor kucing, aku teramat menyayanginya. Kasih aku pada binatang hanya TUHAN MAHA MENGETAHUI. C kenit hanyalah seekor anak kucing yang telah d'jumpai oleh abang aku. Haa,abang aku memang suka kutip binatang bak balek rumah. Cayalah abang! prihatin nya ang dengan binatang na. Alhamdulillah. Bukan senang untuk mencari hamba ALLAH yang masih punyai sifat kasih pada binatang ini tambahan pula kita berada d'akhir zaman.
Walaupun hanya seekor kucing kampung, namun ia menarik perhatian aku dengan keletah. Yaa. Mungkin korang akan cakap aku gila kan? sebab aku cakap kucing punyai keletah?? Sesungguhnya kucing ini mempunyai perasaan walaupun ianya tidak punyai akal. Setiap kejadian yang TUHAN jadikan itu mempunyai kelebihan dan keunikkan tersendiri. DIA pun pandai okay!



Tido itu nikmat ~
                                         

Hye, nama saya c kenit. nama awak pulak? :)