Isnin

Ibu, Engkau lahh Ratu HatiKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanggal 12 Mei adalah merupakan hari yang bermakna buat wanita2 yang b'gelar ibu. Pada tanggal ini, mereka d'raikan dengan penuh penghargaan oleh anak2 serta suami yang tercinta. Siapalah ayah, tanpa seorang wanita yang bergelar isteri. Siapalah aku tanpa seorang ibu yang sentiasa berada disisi ketika susah dan senang, yang tidak pernah jemu memberi kata2 semangat untuk aku terus mengejar kejayaan d'dunia dan akhirat. Siapalah aku tanpa doa dari seorang ibu ? Tanpa beliau, aku tidak pernah wujud d'atas bumi ini. Tanpa beliau, aku rebah. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibunda yang tercinta, Puan Nan Sofiati Long Ismail, kerana sudi melahirkan dan membesarkan anakmu ini. Segala jasa baik yang engkau curahkan padaku, tidak mampu untuk aku balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Semoga dirimu sentiasa berada dalam lindungan dariNYA selalu. Amin..

I Love You So Much Mom :')

Ahad

Selamat Tinggal Kesibukkan :')

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, telah hampir sebulan aku menamatkan title aku sebagai seorang pelajar. Kini aku hanya m'goyangkan kaki d'rumah tanpa b'buat apa2 sambil menunggu keputusan final aku yang bakal keluar tidak lama lagi. Sejujurnya aku cuak menanti keputusan itu. Ughhh ! -_-' Namun begitu nikmat cuti mampu merehatkan otak ini buat seketika. :)
Sejujurnya jauh d'sudut hati ini aku t'amat2 merindui saat2 aku b'gelar sebagai seorang pelajar suatu ketika dulu dan juga saat2 aku b'gelar MPP. Kerana MPP aku belajar bagaimana untuk menghargai masa dengan sebaik2nya. Terima kasih yaAllah kerana dengan keizinanMU aku d'beri kesempatan untuk merasai pahit maung bergelar sebagai perwakilan pelajar. Tapi kini, itu semua hanyalah kenangan, kenangan yang memberi 1001 makna, pengajaran dan pembelajaran dalam diri ini.



Selamat tinggal sistem
Selamat tinggal program
* Pemantapan Persatuan dan Kelab


Selamat tinggal program
* Bestari Career Day
Selamat tinggal storyboard
* Lakaran laman web
Selamat tinggal semuanya :(



* InsyaAllah, jika ada rezeki akan aku menyambung pengajian aku pada peringkat yang lebih tinggi. Semoga segala urusan aku akan dipermudahkan olehMU yaAllah. Amin .


Sabtu

Happy Birthday Yashh !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama blog ini tidak d'update, boleh diibaratkan seperti ianya tidak bertuan lagi. Aku terpanggil untuk terus menaip entry seterusnya pabila melihat tarikh pada hari ini. Hari ini merupakan ulangtahunnya yang ke 22 buat si dia. Alhamdulillah, 22 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek dalam meniti kehidupan ini. Yashh, ingin sekali saya ucapkan selamat ulangtahun yang ke 22 untuk awak, semoga awak panjang umo, murah rezeki dan sentiasa memperolehi kesihatan yang baik selalu. Hanya pada entry ini sahaja dapat saya luahkan apa yang ingin saya ungkapkan. :')







Jumaat

Kerana Itu Adalah TANGGUNGJAWAB !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Diam tak diam, arini dah masuk bulan Febuari 2013. Begitu cepat masa berlalu dari hari ke hari meninggalkan manusia yang alpa seperti aku ini. =.='
Kesibukkan sebagai salah sorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar banyak mengajar aku betapa pentingnya masa dalam kehidupan ini. Alhamdulillah, arini aku diberi kesempatan untuk terus mencatat aktiviti aku dari hari ke hari. Baru semalam aku berjaya menamatkan paper terakhir aku untuk first test bagi part6 ni. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Kini, aku menanti keputusannya pula. *Cuak pun hado ni ! 
Sebelum first test aku bermula, aku dan exco kerohanian aku sibuk menguruskan program kursus pra perkahwinan khusus untuk sahabat2 kami disini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa "nak gilanya" aku pabila pelbagai halangan terpaksa aku tempuhi. Namun aku kagum terhadap exco kerohanian aku kerana beliau seorang yang cekal dan tabah dalam menguruskan sesuatu perkara. Apa yang aku harapkan semoga usaha gigih beliau selama ini mendapat keberkatan dariNYA. Amin :)
Pemilihan aku sebagai Timbalan Presiden MPP memang sesuatu yang mendukacitakan aku. Aku tidak layak untuk bergelar sedemikian rupa. Aku tidak layak untuk memimpin pelajar disini kerana aku tau siapa diriku yang sebenar. Namun, aku redha dengan segala ketentuan dariNYA kerana setiap takdir yang telah ditetapkan untuk diriku ini adalah takdir yang terbaik dari YANG MAHA ESA.

* Sesungguhnya setiap tanggungjawab yang diamanahkan itu, mestilah dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana itu adalah AMANAH ! 

Mengimbas kembali kenangan ketika pelantikan MPP :

Proses pelantikan MPP

* Borang kuning menjadi saksi bahawa aku bersetuju untuk bertanding merebut
kerusi Fakulti Sains Komputer ( Multimedia )

* Poster mula d'edarkan dalam sekitar kampus ( muka mula t'pampang sana sini ==" )

* Setelah nasib menyebelahi diri ini, aku dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Alhamdulillah

Selasa

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, memanjat kesyukuran yang tak terhingga apabila aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini.

Sempena tahun baru, serba serbi harus la baru kan? Hehehe.
Target sempena tahun 2013 :
- Tak nak panas baran lagi. :p
- Nak jadi anak yang solehah untuk mak & ayah serta mama & abah. :)
- Nak jadi student yang baik untuk semua pensyarah.
- InsyaAllah akan terus berusaha untuk menaikkan pointer. ( walaupun tak dapat dekan )
- Berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden MPP dengan sebaik mungkin.
  InsyaAllah ( semoga diberi kekuatan )


Buat ahli keluarga yang tercinta , sanak saudara, sahabat handai, saudara2 seAGAMA & manusia didunia ini:
" SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 "
# SEMOGA KEHIDUPAN KITA TERUS MENDAPAT KEBERKATAN DARINYA. Amin. :)