Khamis

Hidup Akan Terus B'putar

Assalamualaikum.

Hidup bagaikan pusingan roda. Kadangkala kita bahagia tatkala berada di atas. Namun, adakah kita akan bersedia untuk berada di bawah ? Tentu sukar sama sekali untuk menerima hakikat pabila berada di bawah. Seperti manusia lain, aku juga sukar untuk menerima hakikat itu. 
Pabila adek2 taon 94 sedang kalut dengan keputusan SPM masing2, fikiran aku mula melayang mengingatkan kembali tarikh keramat 11/3/2010.
Pada tarikh tersebut lah aku bagaikan jatuh tersungkur di tangga. Pada tarikh tersebut juga lah aku menghancurkan harapan kedua orang tua aku. Tak ku sangka, tak ku duga aku menerima keputusan yang tidak berapa bagus. Dalam hati TUHAN sajalah yang MAHA MENGETAHUI. Kemana kah hasil usaha selama ini ?Kemana ia menghilang ? Tiada siapa yang mengetahui kecuali yang MAHA ESA. 
Aku mengambil masa untuk menerima hakikat itu. Kenapa ? Disebabkan keputusan SPM aku yang tidak berapa cemerlang, aku terpaksa melupakan hasrat aku ke Asasi Undang2. Aku akur. Aku redha walaupun aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat itu.
Kini hampir 2taon berlalu pergi. Aku sudah pun bergelar penuntut taon 2 Diploma Sc Com Mm- UTM francais. Aku sudah pun mulai kenal apa itu erti kehidupan. Syukur yang tak terhingga. Aku cuba dan akan terus mencuba untuk memupuk diri ini agar menjadi seorang yang tidak pernah kenal akan erti putus asa, walaupun aku akui bahawa bukan senang untuk aku memupuk diri aku untuk menjadi sedemikian.
Buat adek2 lepasan SPM, usah lah bersedih jika keputusan SPM yang anda perolehi tidak sehebat seperti rakan2 anda yang lain. Anggaplah ini sebagai satu cabaran dalam hidup.

renungkan lahh : "Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran, ayat 139)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah, ayat 286)

Layak kah Aku Bergelar MPP ?

Assalamualaikum.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ? 
Layak kah aku bergelar seorang mpp? Ouhh tidak ! kenapa aku ? Kenapa bukan orang lain ?
Perkara pertama yang kuar dari mulut aku tatkala Cik Diyana menyatakan aku merupakan calon yang di pilih oleh beliau bagi bertanding untuk kerusi Jabatan Pengajian Sains Komputer Multimedia.
Layak ke ?Mpp banyak keje !Sah2 pening kepala aku nak handle budak2 DDZ kalo aku terpilih nanti. 
Huhh.Dua hari berlalu pergi,barulah aku sedar kenapa, kenapa dan kenapa Cik Diyana memilih aku. Berkemungkinan aku mempunyai karakter yang tegas dan gemar bersuara jika terdapat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hati aku. Okay. Tuhh memang sifat nature aku. Walaupun pada mulanya aku mengalami kesukaran untuk menerima hakikat tatkala terpaksa dan dipaksa untuk menjadi calon mpp, aku bersyukur kerana Cik Diyana mempercayai kewibawaan aku. Cik Diyana yakin aku akan boleh memimpin budak2 DDZ. Insyaallah jika aku berjaya menakluki kerusi jabatan, akan aku laksanakan tanggungjawab aku kepada rakan2 seperjuangan yang lain. Akan aku bersikap lebih matang untuk memimpin yang lain. Insyaallah dengan keizinan YANG MAHA BERKUASA.