Ahad

Hanya TUHAN Yang MAHA MENGETAHUI Diri Ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, tepat pada 11.30pg tadi aku baru sahaja menamatkan paper terakhir aku bagi semester IV tahun dua bagi sesi 2010/2011. Perasaan aku ketika ini bercampur baur sekali. Ada suka dan ada duka. Suka, kerana berjaya menamatkannya, insyaallah 23/4/12 aku bakal pulang ke kampung halaman. Duka, tatkala aku mula memikirkan keputusan yang bakal aku perolehi pada bulan Julai nanti. Bagus atau tidak ? Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan yang MAHA BERKUASA. =.='

Sejujurnya, aku tidak mampu untuk duduk diam dan gelak ketawa dengan rakan2 yang lain. Alhamdulillah, dorang dapat jawab dengan jaya agaknya. Tapi aku ? Hanya mampu mendiamkan diri. Jiwa dan hati aku tidak ceria dan girang seperti rakan2 yang lain. ;'(
Aku redha dan akur. Segala yang telah engkau tentukan, berikan ak kekuatan untuk menerimanya dengan seadanya. :')
Mampukah aku untuk menerima dengan redha setiap apa ujian yang TUHAN kurniakan buat aku ?YaALLAH, tabahkan lah aku walau apa jua dugaan yang telah engkau tentukan padaKU. Kerna aku adalah hamba yang sentiasa memerlukan pertolongan dariMU.