Rabu

Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah begitulah sehari2 dalam hidup kita, moga TUHAN memberkati hidup kita. Ayat arwah cekgu tadika saya dulu, seringkali bermain2 di dalam minda ini. Bila da besaq baru maw pikiaq pasai pa cekgu selalu sangat sebut ayat nehh.  Haihh, maklum la dulu masa umoq 5/6taon mana la nak reti pa lagi. Apa yang cekgu habaq, sikit pun xamek endah. Tapi, bila da besaq sikit, bila daah pandai pikiaq sikit baru la saya taw pa tuhh kelebihan BISMILLAH dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bah agi a dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

~ AYUH SAMA2 KITA AMALKAN DALAM KEHIDUPAN KITA ~

Back To School

Assalamualaikum.


Bila tengok gambaq kat muka buku Cekgu Zudien Jiwang ke sekolah jadi guru ganti, tetiba ja saya mula teringat akan kenangan dulu. DULU ? Macam la da lama sangat saya tinggaikan alam persekolahan ! Baru hampir 3taon. Mean saya masih muda lahh kan.  Hehehe.
Sambil2 mengONLINE kan diri di muka buku, sambil itu jugak la saya kembali mencari2 gambaq2 zaman sekolah dulu. Alhamdulillah, masih ada lagi gambaq zaman sekolah menengah yang tersimpan rapi. Tapi agak sedikit kecewa bila gambaq zaman sekola rendah xdak. Haihhh. =.='
Bila cita zaman sekolah, sumpah seronok gila ! Berbagai2 kenangan yang ada. Pahit dan manis suma terpahat di hati kecil ini. Setiap kenangan itu akan dijadikan pengalaman dalam kehidupn ini. Ketika sekolah dulu, saya merupakan seorang pelajar aliran SAINS TULEN, Alhamdulillah dapat masuk kelas baguih. Tapi2 saya la xbapa nak baguih.  Menjadi seorang pelajar aliran sains tulen adalah satu beban buat saya. Sebab pa, saya xminat blajaq KIMIA !! Saya xsuka KIMIA ! KIMIA membebankan kepala hotak saya. ! Maafkan saya cekgu ASRI ( papa KIMIA ) kerana menghancurkan harapan cekgu. Dari form4 sampai form5, jujur saya habaq mai, KIMIA xpenah maw lulus. Tapi nasib menyebelahi saya bila saya mendapat gred yang agak baguih bagi subjek ini ketika result SPM kluaq. Alhamdulillah. ^_^
Saya sedaq saya bukanlah pelajar cemerlang seperti rakan2 seperjuangan saya yang lain. La ni depa suma pakat buat degree daa. Depa masuk Kolej Mara, Kolej Matrikulasi lepas abes SPM. Tapi saya?? Diploma ja. Sebab saya xmaw da aihh terlibat ngan subjek SAINS ni haa. Bak kata mak, xpala dik, nak buat lagu mana, TUHAN da tentukan ini yang terbaik buat adik. Xpalah saya terima. Insyaallah saya bakal menamatkan pengajian saya pada taon 2013, kalo panjang umoq, dengan keizinan yang MAHA BERKUASA saya akan dapat mengabehkannya. Insyaallah.

Saya ketika Form 4 ( 2008 )

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala xsgment telah pun siap dilaksanakan dengan tak seberapa nak baek ! So, dapat la aku nak mengupdate blog nehh.Rabu 7/3/2012 setelah sekian lama menunggu,akhirnya penantian selama ini berakhir. Taniah tak terhingga buat teman seperjuangan pada suatu ketika dahulu diatas kejayaannya dalam STPM. Entah mengapa, aku terlalu gembira akan kejayaannya itu. Biarpun tiada kena mengena dengan diri ini, aku tetap gembira kerana sabahat aku bakal ke menara gading juga suatu hari nanti. Buat FATIN FARHANA BT MOHD ARIFFIN taniah diatas kejayaan yang telah dikecapi. Biarpun masih berada dalam kesedihan akibat pemergian ayah tercinta, biarpun tidak sempat untuk menunjukkan keputusan STPM pada ayah, ketahuilahh bahawa apa yang telah TUHAN tetapkan itu adalah yang terbaik buat hambanya. Sebagai seorang kawan mahupun sahabat, aku senantiasa mendoakan yang terbaik buatMU.


Usaha yang keras akan dibalas dengan kejayaan yang besar.