Khamis

Jumaat Yang Cukup INDAH

Assalamualaikum.

Diam tak diam, da ari Jumaat pun. Sememangnya ari jumaat amat dinanti2kan oleh aku dan rakan2 seperjuangan yang len. Nak taw kenapa?? Of koz la nak b'holidays kan. Ari Jumaat merupakan ari minggu untuk aku dan rakan2 yang menuntut di Bandaraya Pesisir Pantai ini. Kat mana lagi kalo bukan Terengganu Darul Iman. :)
Tanpa kita sedari juga, ada diantara kita yang terlepas pandang akan kelebihan yang TUHAN kurniakan untuk ari Jumaat ini.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kelebihan Maulid

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi tatkala kita sebagai umat Islam diberi kesihatan yang baik, cuaca yang baik untuk menyambut hari kelahiran rasul yang kita cintai. Tak lain siapa lagi rasul yang menjadi idola umat Islam, semestinya Nabi Muhammad s.a.w. Bagi menunjukkan rasa cinta akan rasulullah kita, marilah kita bersama2 berselawat ke atasnya. Insyaallah banyak kebaikkan akan kita perolehi. :)



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ



 KELEBIHAN MAULID
Telah dihikayatkan bahwa pada zaman Amirul mu'minin Harun Ar Rasyid bahwa ada seorang muda di dalam bandar Basrah yang terlalu pemboros dan buruk perangai dan ahli-ahli negeri itu telah memandang kepadanya dengan pandangan yang hina dengan sebab perbuatan dan perangainya yang buruk itu. Tetapi pemuda ini, apabila sampai bulan Rabiul Awwal maka ia telah membasuh pakaian-pakaiannya dan berwangi-wangi serta berhias dan mengadakan jamuan dan pula ia telah meminta dibacakan kisah Maulid Nabi s.a.w. di dalam jamuan itu, maka ia tetaplah mengerjakan seperti itu tiap-tiap tahun selama beberapa tahun.
Kemudian apabila ia mati maka penduduk-penduduk negeri itu telah mendengar suatu teriakan berkata: "Datanglah wahai ahli Basrah dan saksikanlah jenazah seorang Wali Allah Ta'ala karena dia itu mulia di sisi Allah."
Maka orang-orang Basrah pun datanglah kepada jenazahnya dan mengebumikannya, kemudian mereka telah melihatnya didalam mimpi bahwa ia sedang bersiar-siar dengan pakaian dan perhiasan ahli Surga, yaitu ‘sondosen wastabraq’, lalu ia telah ditanya, "Sebab apa engkau telah menerima kelebihan besar ini?" Jawab pemuda itu: "Sebab aku membesarkan Maulid Nabi s.a.w."

# Sharing Is Caring #
# Jom sama2 memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul
# Buktikanlah kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W


Cintai lah keatas junjungan Nabi kita. Nescaya ianya juga akan menyintaiMU

Realiti Kehidupan

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang telahpun sebati dengan diri.
Bukan mudah untuk melakukan kebaikkan tatkala diri telahpun dikuasai oleh syaitan.
Bukan mudah untuk melakukan kejahatan pabila hati sentiasa mengingati Allah S.W.T.


Bukan mudah untuk menjalani kehidupan ini.
Itulah hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang beragama Islam.
Kita hanyalah manusia kerdil yang tidak pernah punyai apa2. Ya, mungkin diantara kita punyai kekayaan, harta dan pangkat, kita mampu membeli apa sahaja yang mereka mahu dengan duit yang kita ada. 
Namun kita lupa bahawa kita tidak boleh memberi cinta yang hakiki dengan wang ringgit iaitu
Cinta Allah S.W.T dan RasulNYA.
Jangan pernah angkuh dengan apa yang kita ada kerana Tuhan sedang menguji kita.
Baliklah ke pangkal jalan. Muhasabahkan diri. Belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Usahlah menjadi hamba yang angkuh. 

Bersyukur Itu Ada Kebaikkannya. :)

Alhamdulillah. Memanjat kesyukuran tatkala diri ini masih diberi kesempatan dalam meneruskan hidup di muka bumi ciptaan ilahi ini. Bercakap mengenai bersyukur dan kesyukuran adalah suatu perkataan yang telahpun dilupai oleh manusia pada zaman kini. Aku tidak bermaksud untuk menuju kepada sesiapa. Malahan aku sendiri adalah seorang hamba yang tidak bersyukur dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.  Aku bukan la anak dari golongan Ahli Ulama, aku bukanlah anak golongan Imam, dan aku bukan lah seorang pelajar yang mengambil aliran Agama suatu ketika dahulu ( SMA ). Aku hanyalah insan biasa yang tidak cukup bekalan agama. Mak dan ayah memberikan didikan yang cukup buat aku, namun sebagai manusia aku harus mencari ilmu tambahan sebagai bekalan dunia mahupun akhirat kelak.
Usia mematangkan manusia. Aku bersyukur tatkala pintu hati ini masih terbuka untuk mendalami ilmu2 Agama. Insyaallah dengan keredhaannya akan aku terus berusaha.
Bersyukur itu mempunyai banyak hikmah tanpa aku sedari:


*Sesungguhnya Allah memberikan kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” (QS Al Baqarah:243)
*Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(QS Al A’raaf:10)
*Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.s. an-Nahl: 18)
*”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.(QS. Ibrahim:7)
Dari ayat di atas kita boleh nampak, memang kebanyakan manusia itu tidakbersyukur, padahal ALLAH sudah memberikan kurnia, kenikmatan dan kebaikan yang sangat banyak kepada manusia.
*Rasulullah SAW telah memberi contoh tentang bersyukur, seperti dalam Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
“Jika Rasulullah saw. melaksanakan solat, beliau berdiri (sangat lama) sampai kedua kaki (telapak) beliau pecah-pecah. Aisyah ra. bertanya:
Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni? Lalu beliau
menjawab: Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yangbersyukur” (HR Muslim)


Rabu

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya dengan keredhaan Allah Yang Maha Berkuasa dapat juga aku melunaskan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Hoho~ 
Test da abes, so weekend ni boleh la berenjoy kan. Elaun mara pun da masuk. Ni la yang dikatakan dengan nikmat hidup. :)
Nikmat hidup itu indah tetapi nikmat yang TUHAN kurniakan itu berkali2 lagi indah. Bukan senang untuk mengecapinya. Hargailah setiap nikmat yang dikurniakan itu.

Jumpa lagikk tuk final projekk. :p


Selasa

ISTIKHARAH CINTA
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa


Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


Di istikharah cinta

Isnin

tatkala azam ingin berubah menjadi lebih baik.
tatkala ingin meninggalkan sikap panas baran yang lalu.
tatkala memahukan sesuatu yang baru dalam hidup ini.
tatkala itu juga la yang menyukarkan lagi aku untuk meneruskannya.

yaALLAH terlalu sukarnya untuk meninggalkan apa yang telah sebati dengan diri ini.
berikan la aku kekuatan.