Khamis

Realiti Kehidupan

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang telahpun sebati dengan diri.
Bukan mudah untuk melakukan kebaikkan tatkala diri telahpun dikuasai oleh syaitan.
Bukan mudah untuk melakukan kejahatan pabila hati sentiasa mengingati Allah S.W.T.


Bukan mudah untuk menjalani kehidupan ini.
Itulah hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang beragama Islam.
Kita hanyalah manusia kerdil yang tidak pernah punyai apa2. Ya, mungkin diantara kita punyai kekayaan, harta dan pangkat, kita mampu membeli apa sahaja yang mereka mahu dengan duit yang kita ada. 
Namun kita lupa bahawa kita tidak boleh memberi cinta yang hakiki dengan wang ringgit iaitu
Cinta Allah S.W.T dan RasulNYA.
Jangan pernah angkuh dengan apa yang kita ada kerana Tuhan sedang menguji kita.
Baliklah ke pangkal jalan. Muhasabahkan diri. Belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Usahlah menjadi hamba yang angkuh.