Isnin

Ibu, Engkau lahh Ratu HatiKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanggal 12 Mei adalah merupakan hari yang bermakna buat wanita2 yang b'gelar ibu. Pada tanggal ini, mereka d'raikan dengan penuh penghargaan oleh anak2 serta suami yang tercinta. Siapalah ayah, tanpa seorang wanita yang bergelar isteri. Siapalah aku tanpa seorang ibu yang sentiasa berada disisi ketika susah dan senang, yang tidak pernah jemu memberi kata2 semangat untuk aku terus mengejar kejayaan d'dunia dan akhirat. Siapalah aku tanpa doa dari seorang ibu ? Tanpa beliau, aku tidak pernah wujud d'atas bumi ini. Tanpa beliau, aku rebah. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibunda yang tercinta, Puan Nan Sofiati Long Ismail, kerana sudi melahirkan dan membesarkan anakmu ini. Segala jasa baik yang engkau curahkan padaku, tidak mampu untuk aku balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Semoga dirimu sentiasa berada dalam lindungan dariNYA selalu. Amin..

I Love You So Much Mom :')