Jumaat

Kerana Itu Adalah TANGGUNGJAWAB !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Diam tak diam, arini dah masuk bulan Febuari 2013. Begitu cepat masa berlalu dari hari ke hari meninggalkan manusia yang alpa seperti aku ini. =.='
Kesibukkan sebagai salah sorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar banyak mengajar aku betapa pentingnya masa dalam kehidupan ini. Alhamdulillah, arini aku diberi kesempatan untuk terus mencatat aktiviti aku dari hari ke hari. Baru semalam aku berjaya menamatkan paper terakhir aku untuk first test bagi part6 ni. Syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Kini, aku menanti keputusannya pula. *Cuak pun hado ni ! 
Sebelum first test aku bermula, aku dan exco kerohanian aku sibuk menguruskan program kursus pra perkahwinan khusus untuk sahabat2 kami disini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa "nak gilanya" aku pabila pelbagai halangan terpaksa aku tempuhi. Namun aku kagum terhadap exco kerohanian aku kerana beliau seorang yang cekal dan tabah dalam menguruskan sesuatu perkara. Apa yang aku harapkan semoga usaha gigih beliau selama ini mendapat keberkatan dariNYA. Amin :)
Pemilihan aku sebagai Timbalan Presiden MPP memang sesuatu yang mendukacitakan aku. Aku tidak layak untuk bergelar sedemikian rupa. Aku tidak layak untuk memimpin pelajar disini kerana aku tau siapa diriku yang sebenar. Namun, aku redha dengan segala ketentuan dariNYA kerana setiap takdir yang telah ditetapkan untuk diriku ini adalah takdir yang terbaik dari YANG MAHA ESA.

* Sesungguhnya setiap tanggungjawab yang diamanahkan itu, mestilah dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana itu adalah AMANAH ! 

Mengimbas kembali kenangan ketika pelantikan MPP :

Proses pelantikan MPP

* Borang kuning menjadi saksi bahawa aku bersetuju untuk bertanding merebut
kerusi Fakulti Sains Komputer ( Multimedia )

* Poster mula d'edarkan dalam sekitar kampus ( muka mula t'pampang sana sini ==" )

* Setelah nasib menyebelahi diri ini, aku dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Alhamdulillah