Sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

15/12/12 merupakan tarikh keramat buat ak dan rakan2 seperjuangan yang lain.. Tarikh keramat ini merupakan tarikh berakhirnya cuti semester ak selama lima minggu.. Ari ini juga ak akan kembali pulang ke negeri Terengganu yang tercinta.. :)

Perjalanan dari kampung untuk sampai ke Terengganu mengambil masa yang lama berbanding membe2 ak yang lain.. Takpa la, ak suka merantau, mencari pengalaman hidup di negeri orang.. Sepanjang perjalanan dalam fikiran ak hanyalah memikirkan keputusan peperiksaan akhir yang bakal ak terima nanti.. Apa da jadi dengan keputusan ak itu? Kebanyakkan masa ak pada semester lepas d'habiskan dengan pelbagai aktiviti, kesana kemari, meeting itu dan ini.. Ak cuba kuatkan diri dengan m'nganggap perkara ini telah d'takdirkan oleh Yang Maha Esa buat ak.. Ak akur, ak redha dengan ketentuanNYA..

Tepat jam 8.15pagi tadi, jam ak b'bunyi.. Tu tandanya ak perlu mendaftarkan diri sempena semester baru.. YaALLAH, begitu cepat masa berlalu.. Sedar atau tidak, ak telahpun bergelar pelajar semester akhir.. Alhamdulillah.. Seperti biasa, ak pergi ke blok akademik tanpa ada perasaan.. Membe2 ak semua da gelabah.. Tapi ak? Agak kepelikkan sedikit kerana ak tidak merasakan apa2.. Dalam kotak fikiran ini, ak tidak lagi memikirkan keputusanku seperti semalam.. Hah, ada kemungkinan juga ak telah redha akan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.. :')

Selepas selesai mendaftarkan diri, barulah ak pergi melihat keputusan peperiksaan akhir semester 5.. Tiada kata yang mampu ak ungkapkan melainkan Alhamdulillah, memanjat kesyukuran yang tak terhingga.. Subjek yang paling ak risau iaitu JAVA dan VB lulus dengan baiknya.. Pointer meningkat walaupun tidak lah sehebat orang lain.. Alhamdulillah.. 


"Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Berkuasa lagi Maha Kaya dalam menentukan segala2nya"