Jumaat

OPKIM 2012 ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Begitu pantas masa b'lalu tanpa sempat ak mengejar.. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sentiasa m'beri tekanan buat diri ini, ak b'jaya melaksanakan tanggungjawab ak sebagai seorang Majlis Tertinggi d'dalam Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013. Sebagai seorang hamba kepadaNYA, ak harus akur dengan segala  ketentuan yang telah d'tentukan.. Syukur dengan keredhaan dariNYA ak berjaya menjayakan setiap program yang dianjurkan..OPKIM Bestari 2012 merupakan program penutup buat ak pada tahun ini.. Insyaallah tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa minggu sahaja lagi.. OPKIM 2012 m'beri 1001 kenangan manis buat ak.. Terima kasih yang tak terhingga buat mama (HAJAH ZAINON HAJI IRSAT) dan abah (HAJI MOHD BAHRI HAJI SAKRANI) kerana sudi menerima ak sebagai anak angkatnya. Segala kebaikkan yang mama dan abah curahkan buat kami, hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu m'balasnya.. Kg Sagil Parit 3, Tangkak, Kolam Air Panas Ledang, Gunung Ledang tetap dalam ingatan ini sampai bila2.

Disini kami dipertemukan & disini kami dipisahkan
# Dewan Utama Kg Sagil Parit 3.

Majlis Perasmian OPKIM BESTARI # Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang

Makanan tradisi Jawa # Nasi ambeng :)

Penyerahan kepada keluarga angkat

Aku dan adik angkat :)
Keluarga angkat :')

Gotong royong m'buat bubur lambuk





Sesungguhnya setiap petemuan itu akan ada pengakhiran. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan kekal walau beratus2 kilometer memisahkan kita semua. Amin

Terengganu ----------> Tangkak, Johor